Terkini di Sejarah Sri Aman

Showing posts with label Benak. Show all posts
Showing posts with label Benak. Show all posts

Monday, December 3, 2007

GAMBAR BENAK

http://www.tidalbore.info/malaysia/Photos/lupar1.jpg

Bot 6 kuasa kuda

PERLUMBAAN SEMASA BENAK

MELAYARI BENAK

DILANGGAR BENAK

KEJADIAN BENAK

Rakaman Video Kejadian Benak

Sunday, December 2, 2007

Pesta Pelancongan Di Sri Aman

Sungai Batang Lupar yang mengalir melalui Bahagian Sri Aman menerbitkan pelbagai bayangan yang cukup menggerunkan.Di sinilah tempat tinggal buaya ganas lagenda,Bujang Senang.Satu fenomena alam sudah sebati dengan sungai ini Sejak detik awal sejarah bumi ialah Kejadian ombak besar,”Benak”.Sukar untuk dipercayai bahawa gelombang air laut pasang ini mampu merempuh perjalanan sejauh lebih 50 kilometer dari muara sungai untuk sampai ke Bandar Sri Aman.Berbangga dengan kejadian unik ini yang hanya dapat disaksikan dibeberapa buah negara dan 66 buah tempat di seluruh dunia,Pesta Benak Tahunan diadakan pada setiap bulan April sebagai satu acara pelancongan rasmi untuk menggalakkan lagi tarikan pelancongan di Bahagian ini.Satu lagi daya tarikan baru ialah penganjuran Pesta Batang Ai,menambahkan warna kepada acara tahunan di Sri Aman.Baru-baru ini penganjuran Pesta Sungai Krian di Saratok,Betong turut menambah ekonomi dengan kehadiran pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.

Sejarah kejadian”Benak”

Sungai Batanng Lupur yang mengalir melalui Bahagian Sri Aman menerbitkan pelbagai bayangan yang Cukup menggerunkan.Di Sinilah tempat tinggal buaya ganas Lengenda,Bujang Senang.Satu fenomena alam sudah sebati dengan sungai ini Sejak detik awal sejarah bumi ialah Kejadian ombak besar,”Benak”.Sukar untuk dipercayai bahawa gelombang air laut pasang ini mampu merempuh perjalanan sejauh lebih 50 kilometer dari muara sungai unyuk sampai ke Bandar Sri Aman.Barbangga dengan Kejadian Unik ini yang hanya dapat disaksikan dibeberapa buah nengara dan 66 buah tempat di seluruh dunia,Pesta Benak Tahunan diadakan pada setiap bulan April sebagai satu acara pelancongan rasmi untuk menggalakkan lagi tarikan pelancongan di Bahagian ini.Satu lagi daya tarikan baru ialah penganjuran Pesta Batang Ai,menambahkan Warna Kepada acara tahunan di sri aman.

Thursday, November 15, 2007

Pesta Benak: Produk Pelancongan Sri Aman

Pesta Benak yang diadakan di Sri Aman serupakan satu daripada aktiviti tahunan dalam kalendar pelancongandi Sarawak.Objektif penganjuran Pesta Benak adalah untuk memperkenal dan mempromosi bandar Sri Amanmelalui pelancongan dan mengalakkan pelancong dari dalam dan luar negara untuk melawat Sri Aman.Selaindaripada itu,Pesta Benak juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk setempat.Sehubungandengan itu,pelbagai acara dianjurkan seperti pameran,jualan makanan,pertandingan karaoke,pertunjukan kebudayaankesenian dan acara kemuncak,lumba perahu,yang menjadi acara tetap dalam Pesta Benak.

Kejadian Alam Yang Unik

Sungai Batang Lupar merupakan sebuah sungai sepanjang 200km yang bermula di Banjaran Kapuas dan berakhirdi Teluk Datu di Laut China Selatan.Ia juga merupakan satu daripada empat tempat di Sarawak di mana Benaksering berlaku.Kejadian air pasang atau dalam bahasa tempatan,benak,berlaku setiap hari dengan ketinggian dankepanjangan gelombang yang berbeza.Namun,semasa pasang besar yang berlaku pada hari ketiga dan kelapan menurut Kalendar Cina,benak dengan ketinggian dan ukuran yang besar boleh dilihat dengn jelas.Aliran benakboleh bergerak sejauh 30km menyusuri sungai Batang Lupar dan berakhir di Pekan Engkilili.Benak di Sri Aman bermula di muara Batang Lupar apabila arus air pasang dari Laut China Selatan bergerak masuk menyusuri sungai Batang Lupar sebelum pecah di Pulau Seduku dan sampai di Sri Aman.