Terkini di Sejarah Sri Aman

Thursday, November 15, 2007

Kejadian Alam Yang Unik

Sungai Batang Lupar merupakan sebuah sungai sepanjang 200km yang bermula di Banjaran Kapuas dan berakhirdi Teluk Datu di Laut China Selatan.Ia juga merupakan satu daripada empat tempat di Sarawak di mana Benaksering berlaku.Kejadian air pasang atau dalam bahasa tempatan,benak,berlaku setiap hari dengan ketinggian dankepanjangan gelombang yang berbeza.Namun,semasa pasang besar yang berlaku pada hari ketiga dan kelapan menurut Kalendar Cina,benak dengan ketinggian dan ukuran yang besar boleh dilihat dengn jelas.Aliran benakboleh bergerak sejauh 30km menyusuri sungai Batang Lupar dan berakhir di Pekan Engkilili.Benak di Sri Aman bermula di muara Batang Lupar apabila arus air pasang dari Laut China Selatan bergerak masuk menyusuri sungai Batang Lupar sebelum pecah di Pulau Seduku dan sampai di Sri Aman.

No comments: