Terkini di Sejarah Sri Aman

Monday, December 3, 2007

Charles Brooke: Rajah Putih Sarawak Kedua


Charles Brooke


Charles Anthony Johnson (3 Jun 1829 - 17 Mei 1917), kemudiannya dikenali sebagai Charles Brooke memerintah Sarawak sebagai Raja Putih kedua dari 3 Ogos 1868 hingga dia meninggal dunia. Dia menggantikan pakciknya, James Brooke sebagai raja.

Charles Brooke dilahirkan di Somerset, England dan merupakan anak kepada Francis Charles dan Emma Frances Johnson (adik James Brooke).

Francis dan Emma mempunyai beberapa anak yang lain iaitu Kapten John Brooke Johnson-Brooke (lebih tua daripada Charles), Kapten William Frederic Johnson, Henry Stuart Johnson Brooke, Mary Anna, Harriet Helena, and Emma (semuanya lebih muda daripada Charles).

Memandangkan James Brooke tidak mempunyai sebarang anak, dia melantik anak saudaranya sebagai raja. Pada tahun 1861, dia menamakan Kapten John Brooke Johnson-Brooke, anak adiknya yang paling tua sebagai penggantinya. Dua tahun kemudian semasa Kapten John berada di England, James menggugurkan dan menegah Kapten John daripada menjadi raja dan memasuki Sarawak disebabkan Kapten John mengkritiknya. Pada tahun 1865, James Brooke menamakan Charles sebagai penggantinya.

Charles kemudiannya menukarkan namanya menjadi Charles Brooke dan menjadi Residen Lundu pada tahun 1852. Pada 28 Oktober 1869 dia mengahwini Margaret Alice Lili de Windt.

Charles menyambung kembali segala macam perkara yang pakciknya usahakan seperti menghalang lanun, memansuhkan penghambaan dan melarang aktiviti pemburuan kepala oleh kaum-kaum di Sarawak. Selepas kematiannya kerajaan British telah membenarkan Sarawak membina parlimen dan laluan kereta api dan terjumpanya telaga minyak.

Charles Brooke digantikan oleh anaknya Charles Vyner Brooke selepas kematiannya.

No comments: