Terkini di Sejarah Sri Aman

Monday, December 3, 2007

Asal usul nama Sarawak.

Sejarah Sarawak


Latar belakang


Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-

  • Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.

  • Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni.Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunai, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Sejarah purba

Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Ia berlaku kira-kira 40 000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.


Kurun-10 hingga kurun 19

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.


Penglibatan Inggeris

Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19.

Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.

Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.

Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.

Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.

Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.

Sejarah moden

Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia II sehingga kawasan itu diperoleh oleh tentera Australia pada 1945. Di bawah tekanan isterinya, Raja Sarawak menyerahkan kedaulatan kepada takhta kerajaan British pada 1946. Anthony, anak saudaranya, berlanjut penuntutan kedaulatan sebagai Raja Sarawak. Khususnya, orang Dayak menentang penyerahan kedaulatan kepada Britain dan membunuh gabernor British yang pertama.

Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia pada antara 1962 dan 1966. Ia menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian menjadi negeri autonomi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sungguhpun pada awalnya, ia mengalami penentangan daripada sebahagian penduduknya kerana tidak mahu Sarawak diperintah oleh Kerajaan Malaya.

5 comments:

borneotourescort said...

Memang Nama Sarawak berasal dari sejenis galian iaitu "Antimony" (English" atau "Cerava" dalam bahasa Portugese/Italy dan "Batu Serawak" sebutan di kalangan kaum Melayu di Kawasan Bau pada masa dulu.
Dalam loghat Bidayuh "Ceravak" dan loghat kaum Cina yang melombong "Emas" di pekan Bau pada masa itu ialah "Selawak"

Ross Lee Carlos Lorenzo said...

Menurut kajian lain. asal perkataan Sarawak ialah Serak. ia adalah sejenis galian antimoni / emas. Dulu Sungai Sawarak disebut Sungai Serak. Lama kelamaan ia disebut Sungai Sarawak.

syaza amirah super cute said...

tapikan dalam kajian tempatan darjah 5....diorang selalu tukar barang..so diorg ckp serah kepada awak....so bila diorg slalu tukar brg diorg ckp bnda yg same....diorg ckp lju2 jadilah serawak..."sarawak"..itu yg saya blaja taun lps

Unknown said...

'SERAH KEPADA AWAK'???...tu dialek dlm Bahasa Melayu Semenanjung..org tempatan mane da cakap mcm tu.dia akan kata 'BERIK NGAN KITAK' - sama ke? .mmg ajaran sesat tul lah SERAH KPD AWAK TU..

Vennesa Anne'MLV' said...

Salah bahasa iban tu macam ni spatutnye ' DISERAH KE DIK'....