Terkini di Sejarah Sri Aman

Sunday, December 2, 2007

Sejarah kejadian”Benak”

Sungai Batanng Lupur yang mengalir melalui Bahagian Sri Aman menerbitkan pelbagai bayangan yang Cukup menggerunkan.Di Sinilah tempat tinggal buaya ganas Lengenda,Bujang Senang.Satu fenomena alam sudah sebati dengan sungai ini Sejak detik awal sejarah bumi ialah Kejadian ombak besar,”Benak”.Sukar untuk dipercayai bahawa gelombang air laut pasang ini mampu merempuh perjalanan sejauh lebih 50 kilometer dari muara sungai unyuk sampai ke Bandar Sri Aman.Barbangga dengan Kejadian Unik ini yang hanya dapat disaksikan dibeberapa buah nengara dan 66 buah tempat di seluruh dunia,Pesta Benak Tahunan diadakan pada setiap bulan April sebagai satu acara pelancongan rasmi untuk menggalakkan lagi tarikan pelancongan di Bahagian ini.Satu lagi daya tarikan baru ialah penganjuran Pesta Batang Ai,menambahkan Warna Kepada acara tahunan di sri aman.

No comments: