Terkini di Sejarah Sri Aman

Monday, December 3, 2007

Daerah-daerah kecil di Sri Aman

Bahagian Betong
Bahagian Betong merupakan sebuah daerah baru yang ditubuhkan pada tahun 2002.Bahagian ini seluas 725.20 km persegi dan ditadbir oleh Pegawai Daerah Betong iaitu Micheal Dawi Alli.Bahagian ini mempunyai 4 daerah kecil iaitu Maludam,Pusa,Debak dan Spaoh.Pecahan kaum di kawasan ini adalah Melayu-61.07%,Iban-38.3%,Bidayuh-33%,Melanau-16% dan Bumiputera Lain adalah 14%.Bagi bukan Bumiputera,kaum Cina mendahului jumlah ini dengan 95.15%,Lain-lain 0.46% dan bukan warganegara Malayia adalah 4.37

Struktur Pentadbiran
Betong merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Betong dalam Bahagian Betong. Ia terdiri daripada daerah kecil iaitu Spaoh, Debak, Pusa dan Maludam. Daerah Betong adalah di bawah kendalian seorang Pegawai Daerah manakala daerah kecil seperti Spaoh, Debak, Pusa dan Maludam masing-masing ditadbir oleh seorang Pegawai Pentadbir Sarawak.

Asal-usul nama Betong


Sebelum ini Daerah Betong dikenali sebagai Daerah Saribas bersempena dengan nama sebuah sungai utama disini iaitu Sungai Saribas yang mengalir dari Bukit Sadok. Mengikut kepercayaan masyarakat tempatan, nama Betong dikaitkan dengan nama buluh iaitu nama Buluh Betong (sejenis pokok buluh ).



No comments: